♥DIARY♥

Wednesday, 8 June 2011

PERJALANAN HIDUPKU TIDAK TERHENTI DI SINI..
…Inilah lumrah kehidupan selagi bergelar manusia hidup perlu di teruskan.Ianya berlaku tanpa perencanaan.Rahsia Allah tiada siapa yang tahu. Biar pahit jerih aku tempuhi. Even dalam usia yang sesingkat ini banyak perkara yang perlu aku redah sebelum mengecapi kejayaan. Aku harungi dengan penuh kesyukuran. ..banyak terlalu banyak..dari kisah kehidupan, persahabatan, kehilangan, percintaan, kerinduan dan macam2 lagi.KIranya aku ini bertuah jugalah, selalunya belum sempat aku tersungukur pasti ada yang menyambutnya.

MENCARI HALA TUJU…
..aku ini terlalu kerdil di sisi ALLAH.aku selalu mengharapkan kasih sayang dariNYA.Sebenarnya tempat aku yang paling abadi adalah di situ. Aku sentiasa berdoa, agar aku tidak terlalu lama di sini, ringankan beban dosaku, ampunkan dosa-dosa keluargaku..ambilah aku kembali kepangkuan MU secepat mungkin. Aku tak mau menanggung dosa yang begitu banyak selagi aku di sini.
Aku mengharapkan keredaan Allah, bukan mudah, terlalu payah.Jika manusia memandang aku dengan sebelah mata atau langsung tiada menoleh ke arahku, aku tak terasa…tapi aku mula terasa jika Allah tidak memandang kepada aku langsung. Emm MALU , sedih, siapa aku di sisi ALLAH????
Setiap waktu terluang aku akan sentiasa tunduk sujud kepadanya bagi melepaskan kerinduan…tapi kerinduan aku tak pernah berakhir selagi belum tertutup mata.

PERSAHABATAN
..mesti perlu ada ramai sahabat.Sebenarnya di usia BERLIAN aku, aku agak2 cerewet dalam memilih kawan. Aku tak nak tersilap langkah sebenarnya. Ada kawan yang mampu menerima dan menjaga kita seadanya, tapi ada juga kawan yang akan merosakkan akhlak dan pemikiran kita terutamanya.Tak ramai kawan yang mampu hidup gaya aku. Aku sebenarnya sukakan kehidupan yang sederhana . Bagi aku kehidupan aku ini suatu hari perlu juga ada “full stop” nya.Habis tu, kalau dah di katakan remaja , tak kan semua perkara yang mencuba. Ehh.. kawan belum tiba masanya lagi. Kamu orang memang kawan sejati aku sebenarnya. Yang penting aku je yang tak layak ada kawan agaknya…sbb aku suka memerap dalam bilik dari merayap..
HUBUNGAN DENGAN ALLAH
…tiap2 ari aku berhubung dengaNYA. Penceritaan aku denganNYA tiada henti. Aku bercerita, memohon, merayu, meminta, menangis hanya padaNYA…DIA lah tempat aku meluahkan isi hatiku. Hubungan aku dan DIA sangat sempurna. Bak kata pepatah jika hubungan sesama manusia, aku adalah Kekasih Yang Paling Setia.Diari hidupku,hanya DIA yang tahu. Aku cinta Pada NYA, kasihku tak pernah pudar biarpun waktu terus beredar...
Aku sentiasa berdoa agar DIA sentiasa di sampingku di saat aku senang atau susah.Insyaallah.


Usaha tangga kejayaan..betul ken3? :))


  Ditengah keheningan pagi..(jam tepat menandakan pada pukul 2.30 a.m.).. Sedang ramai lena dibuai mimpi2 indah.. Hatiku tidak keruan lagi,mataku mulai perlahan-lahan terbuka.. aku mengaturkan langkah menuju ke tandas..
   Setelah membersihkan diri dengan air sembahyang.. sejadah yang dilipat kemas itu aku bentangkan.. Aku mulai pagi ini dengan bersujud kepadanya, Allah s.w.t *sesungguhnya perkara itulah wajib umat islam lakukan.. Aku menadahkan tangan berdoa kepadanya. Terasa diri amat kerdil sekali.. Aku luahkan 10001 perasaan kepadanya.. Adakala tanpa diduga, aku bergelinangan air mata, adakala aku gembira berdoa kepadanya..
   Setelah mendekatkan diri kepadanya, aku mengerah keringatku untuk menimba ilmu.. *kata orang, pagi-pagilah ilmu dan rezeki mudah masuk.. YESSS!! kata-kata seperti itulah menjadi "SUMBER INSPIRASIKU"..
Bersama secawan air milo panas, aku mencapai buku untuk membuat ulangkaji.. Secawan air milo panas menjadi teman 'study'ku setiap pagi. Bukan apa, bagi mengurangkan sedikit mengantuk..
   Aku membuat ulangkaji tanpa menghiraukan sesiapa pun.. Dengan berbekalkan 'timetable', aku mula mengatur strategi, aku membuat ulangkaji dari subjek 'very hard' boleh dikatakan , kepada subjek yang kurang memeningkan..
   When I was studying, I'm beginning to feel nervous about the forthcoming  exams. Though it is still a few month away from now, I fell I'll never be ready.. I told to mama and abah everytime that I want get well in  exams.. Insyaallah!! There's no reason why I can't do well .. I want to make mama and abah proud to have daughter like me..
   Kata orang, "USAHA TANGGA KEJAYAAN".. insyaallah, dengan usaha aku ini, aku mahu buktikan kepada semua yang aku juga boleh buat.. cuma sebelum ni, aku malas je.. fikir nak enjoy je.. tapi sampai bila aku mahu jadi begini?? enjoy sana sini.. huh! ape nak jadi?? .. YA ALLAH !!
Alhamdulillah.. aku masih belum terlambat untuk berubah.. past is past and I never turn back! itu janji aku pada mama and abah.. insyaallah, aku akan pegang janji2 aku itu sampai hari tua.. yang penting aku mahu lihat mama and abah tersenyum bangga dengan pencapaian aku.. bukan aku saja, malah adik2 juga.. "si sumber inspirasiku" .. :D
_________________________________________________________

   "Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu di dalamnya, maka Allah akan menuntutnya menuju di jalan-jalan menuju syurga. Dan sesungguhnya para malaikat akan mengepakkan sayap-sayap mereka untuk sang penuntut ilmu, karena ridha(terhadap apa yang diperbuat). Dan sesungguhnya, orang yang berilmu itu akan dimohonkan apapun oleh seluruh penghuni langit dan bumi serta ikan-ikan diperut laut. Dan sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu dibandingkan dengan seorang ahli ibadah, adalah bagaikan keutamaan bulan di malam purnama atas seluruh bintang2 di angkasa. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan juga dirham, akan tetapi mereka hanyalah mewariskan ilmu semata. Maka barangsiapa yang mengambilnya, sejatinya ia telah mengambil bagian yang banyak."
(Hadis sahih:diriwayatkan oleh Ahmad(V/196), Abu Dawud(no. 3641), At-Tirmidzi(no. 2682), Ibnu Majah(no. 223) dan Ibnu Hibban(no. 80 al-Mawaarid), lafadz ini milik Ahmad, dari Sahabat Abu Darda' radhiyallaahu'anhu)

Sabda Rasullulah s.a.w : "Tuntutlah ilmu, walaupun ke negeri Cina"

--->yee! Ilmu memang penting.. Tanpa ilmu, kita tidak akan perolehi apa yang kita mahu... kita tidak akan berjaya dalam hidup.. Kawan2, belajar dan berusaha laa bersungguh-sungguh selagi termampu agar kita berjaya dalam kehidupan... buat ibu dan bapa tersenyum bangga dengan kejayaan kita suatu hari nanti... bukan ke itu yang kita semua impikan?? jadi, renung-renungkan laa yee :))


Tuesday, 7 June 2011

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم perjalananku bermula disini;)

...didinihari ini,aku memandang ke luar jendela sambil memerhatikan titis gerimis.Saat beginilah hatiku mudah terusik terimbas kenangan silam.Cuaca sugul umpama memahami isi hatiku......
...ahhh..tanggal 08 November 1996 itulah kali pertama aku melihat dunia.Aku yang bernama insan selamat di lahirkan oleh mama selepas mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari. Banyak perkara2 perit yang perlu mama tempuhi sepanjang mengandungkan aku.Antara hidup dan mati saat melahirkan kerana semasa aku di dalam kandungan , mama ada ketumbuhan (fibroid).Masa itu pengorbanan sangat di perlukan antara memilih aku untuk terus hidup atau membuang fibroid bermakna aku juga turut tiada. Mama kata, dia rela melahirkan aku biar pun terpaksa berkorban nyawanya...Ahh itu lah mama..kalau dah di katakan perempuan "Berkorban atau terkorban" adalah perkara biasa.Aku bangga dengan mama.Pengorbanan mama tidak sia2. Jasa mama melahirkan aku tak akan aku lupa biar aku terpaksa berkorban nyawa untuk mama selepas ini , aku sanggup.Bak kata pepatah mama segala-galanya untuk aku.
...dan kini aku sudah semakin meningkat remaja..hubungan aku dan mama semakin erat.Setiap segala rahsia aku kongsikan bersama mama. Rahsia aku akan selamat di tangan dia.
...dalam keluarga aku hubungan "kasih sayang" amat berharga.Aku rasa sangat bertuah kerana terpilih menjadi ahli keluarga ini. Didikan yang aku dapat daripada abah dan mama akan ku abadikan selama-lamanya..Ahh.. bukan mudah nak membesarkan kami, dari didikan agama hinggalah menjaga akhlak..Inilah perkara yang paling di titik beratkan oleh mama dan abah. Aku memang "salute" mereka berdua.Perkara paling berharga,  hingga ke usia aku hari ini aku masih mendapat ciuman dan pelukan dari ke dua2 orang tua aku.Wah, bahagianya aku. Uniknya keluarga ini...
...Itulah tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa..dan aku sebagai anak tetap dengan tugas dan tanggungjawab aku. Aku tak lalai untuk semua tu. Aku akan jalani tanggungjawab aku sebagai anak dengan telus untuk kedua orang tua aku dan adik2. Ini lah penghargaan untuk aku..aku bangga.
...bukan perkara yang rumit menjadi anak dalam keluarga ini.Hidup penuh kegembiraan..yang penting pandai bawa diri.
..kalau nak cerita kan tentang diriku dan keluarga ku sampai bila-bila pun tak habis...tapi cukuplah aku katakan aku sangat bahagia menjadi ahli keluarga ini.Sebagaimana aku sayangkan diriku, akhlakku dan maruahku begitulah aku sayangkan keluarga aku , tak dapat aku gambarkan ..