♥DIARY♥

Tuesday 7 June 2011

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم perjalananku bermula disini;)

...didinihari ini,aku memandang ke luar jendela sambil memerhatikan titis gerimis.Saat beginilah hatiku mudah terusik terimbas kenangan silam.Cuaca sugul umpama memahami isi hatiku......
...ahhh..tanggal 08 November 1996 itulah kali pertama aku melihat dunia.Aku yang bernama insan selamat di lahirkan oleh mama selepas mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari. Banyak perkara2 perit yang perlu mama tempuhi sepanjang mengandungkan aku.Antara hidup dan mati saat melahirkan kerana semasa aku di dalam kandungan , mama ada ketumbuhan (fibroid).Masa itu pengorbanan sangat di perlukan antara memilih aku untuk terus hidup atau membuang fibroid bermakna aku juga turut tiada. Mama kata, dia rela melahirkan aku biar pun terpaksa berkorban nyawanya...Ahh itu lah mama..kalau dah di katakan perempuan "Berkorban atau terkorban" adalah perkara biasa.Aku bangga dengan mama.Pengorbanan mama tidak sia2. Jasa mama melahirkan aku tak akan aku lupa biar aku terpaksa berkorban nyawa untuk mama selepas ini , aku sanggup.Bak kata pepatah mama segala-galanya untuk aku.
...dan kini aku sudah semakin meningkat remaja..hubungan aku dan mama semakin erat.Setiap segala rahsia aku kongsikan bersama mama. Rahsia aku akan selamat di tangan dia.
...dalam keluarga aku hubungan "kasih sayang" amat berharga.Aku rasa sangat bertuah kerana terpilih menjadi ahli keluarga ini. Didikan yang aku dapat daripada abah dan mama akan ku abadikan selama-lamanya..Ahh.. bukan mudah nak membesarkan kami, dari didikan agama hinggalah menjaga akhlak..Inilah perkara yang paling di titik beratkan oleh mama dan abah. Aku memang "salute" mereka berdua.Perkara paling berharga,  hingga ke usia aku hari ini aku masih mendapat ciuman dan pelukan dari ke dua2 orang tua aku.Wah, bahagianya aku. Uniknya keluarga ini...
...Itulah tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa..dan aku sebagai anak tetap dengan tugas dan tanggungjawab aku. Aku tak lalai untuk semua tu. Aku akan jalani tanggungjawab aku sebagai anak dengan telus untuk kedua orang tua aku dan adik2. Ini lah penghargaan untuk aku..aku bangga.
...bukan perkara yang rumit menjadi anak dalam keluarga ini.Hidup penuh kegembiraan..yang penting pandai bawa diri.
..kalau nak cerita kan tentang diriku dan keluarga ku sampai bila-bila pun tak habis...tapi cukuplah aku katakan aku sangat bahagia menjadi ahli keluarga ini.Sebagaimana aku sayangkan diriku, akhlakku dan maruahku begitulah aku sayangkan keluarga aku , tak dapat aku gambarkan ..

No comments:

Post a Comment