♥DIARY♥

Wednesday, 8 June 2011

PERJALANAN HIDUPKU TIDAK TERHENTI DI SINI..
…Inilah lumrah kehidupan selagi bergelar manusia hidup perlu di teruskan.Ianya berlaku tanpa perencanaan.Rahsia Allah tiada siapa yang tahu. Biar pahit jerih aku tempuhi. Even dalam usia yang sesingkat ini banyak perkara yang perlu aku redah sebelum mengecapi kejayaan. Aku harungi dengan penuh kesyukuran. ..banyak terlalu banyak..dari kisah kehidupan, persahabatan, kehilangan, percintaan, kerinduan dan macam2 lagi.KIranya aku ini bertuah jugalah, selalunya belum sempat aku tersungukur pasti ada yang menyambutnya.

MENCARI HALA TUJU…
..aku ini terlalu kerdil di sisi ALLAH.aku selalu mengharapkan kasih sayang dariNYA.Sebenarnya tempat aku yang paling abadi adalah di situ. Aku sentiasa berdoa, agar aku tidak terlalu lama di sini, ringankan beban dosaku, ampunkan dosa-dosa keluargaku..ambilah aku kembali kepangkuan MU secepat mungkin. Aku tak mau menanggung dosa yang begitu banyak selagi aku di sini.
Aku mengharapkan keredaan Allah, bukan mudah, terlalu payah.Jika manusia memandang aku dengan sebelah mata atau langsung tiada menoleh ke arahku, aku tak terasa…tapi aku mula terasa jika Allah tidak memandang kepada aku langsung. Emm MALU , sedih, siapa aku di sisi ALLAH????
Setiap waktu terluang aku akan sentiasa tunduk sujud kepadanya bagi melepaskan kerinduan…tapi kerinduan aku tak pernah berakhir selagi belum tertutup mata.

PERSAHABATAN
..mesti perlu ada ramai sahabat.Sebenarnya di usia BERLIAN aku, aku agak2 cerewet dalam memilih kawan. Aku tak nak tersilap langkah sebenarnya. Ada kawan yang mampu menerima dan menjaga kita seadanya, tapi ada juga kawan yang akan merosakkan akhlak dan pemikiran kita terutamanya.Tak ramai kawan yang mampu hidup gaya aku. Aku sebenarnya sukakan kehidupan yang sederhana . Bagi aku kehidupan aku ini suatu hari perlu juga ada “full stop” nya.Habis tu, kalau dah di katakan remaja , tak kan semua perkara yang mencuba. Ehh.. kawan belum tiba masanya lagi. Kamu orang memang kawan sejati aku sebenarnya. Yang penting aku je yang tak layak ada kawan agaknya…sbb aku suka memerap dalam bilik dari merayap..
HUBUNGAN DENGAN ALLAH
…tiap2 ari aku berhubung dengaNYA. Penceritaan aku denganNYA tiada henti. Aku bercerita, memohon, merayu, meminta, menangis hanya padaNYA…DIA lah tempat aku meluahkan isi hatiku. Hubungan aku dan DIA sangat sempurna. Bak kata pepatah jika hubungan sesama manusia, aku adalah Kekasih Yang Paling Setia.Diari hidupku,hanya DIA yang tahu. Aku cinta Pada NYA, kasihku tak pernah pudar biarpun waktu terus beredar...
Aku sentiasa berdoa agar DIA sentiasa di sampingku di saat aku senang atau susah.Insyaallah.


No comments:

Post a Comment