♥DIARY♥

Friday 21 October 2011

AKU MENCINTAIMU KERANA AGAMA YANG ADA PADAMU

 
Labuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana-Mu.."
Mohon dikurniakan cinta dari si dia yang mencintai kita kerana Allah. Mohon agar dianugerahkan cinta dari si dia yang soleh, yang mampu membimbing kita ke syurga.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”– Riwayat al-Bukhari –
Hidup ini mesti diteruskan..
Walaupun ku sedar kau bukan milikku..
Aku harus berpijak di bumi nyata..
Dekatkan diri pada yang Esa..
Kerna ku tahu cintaku dan cintaNya..
Kan kekal sampai ke syurga..


Sunday 9 October 2011

Fitnah
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.
Membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Hentikanlah dari berkata  perkara yang mengaibkan teman2 anda….renung2kan lah....
Maafkanlah teman2 anda, Allah pasti sayangkan kamu, Insya Allah ......

Sunday 25 September 2011

Salam,                                           
Jom kita kongsikan bersama info2 terkini  yang boleh kita lihat dari blogs ini. Banyak maklumat2 terbaik yang boleh kita renung2kan bersama,insyaallah.
Blogs yang terpilih (sila rujuk ke blogs beliau)

apa2 pun nak ucapkan ribuan terimakasih kepada tuan punya blogs ini yang sudi berkongsi ilmu yang ada untuk semua FB fans.
Terimakasih & take care ^^

Friday 9 September 2011

MY favourite day is FRIDAY
Hari yg di tunggu2 tiba juga. Salah satunya, arini balik cepat dari sekolah.Best3…
Tapi paling best dpt tgk adik2,abg2 dan pakwe2 kat luar sna yang berduyun2 mnuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat (specific yg menunaikan saja *yg mana tak pergi x yah nak mnyemak), tapi paling suka tgk yang memakai baju Melayu and berkopiah/songkok. Infact yang kurang handsome mulalah nmpak juga “kemachoan” di sebalik baju Melayu and kopiah/songkok yg di pakai.
..yg pasti pakaian tak melambangkan apa2, Ibadah lebih utama kan.. ?? (*eloklah berpakaian sopan)
.. okay, Selamat Menunaikan Solat Jumaat buat semua kaum2 Adam..


Tuesday 2 August 2011

SINAR RAMADHAN
Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana masih di beri peluang untuk saya terus bernafas di atas muka bumi ini dan dapatlah saya terus menjalani ibadah rukun Islam yang ketiga ini, insyaallah.
Bulan ramadhan ini penuh keberkatan sebenarnya. Kita berpeluang lagi untuk menikmati barakah bulan Ramadhan pada tahun ini.. doaku dan harapanku semoga kita diberi hidayah selalu untuk mengejar segala barakah2 ini! Allah S.W.T. membuka pintu keampunan sebesar-besarnya buat kita. Entah tahun hadapan ada lagi peluang buat kita atau tidak.. hanya Allah yg mengetahui.. mari kita beribadah seolah2 tiada lagi esok buat kita.
Allah s.w.t menjadikan bulan ini sebagai bulan yang agung, memberikan keistimewaan yang banyak sekali kepadanya, serta menjadikannya sebagai salah satu fasa kehidupan yang paling berharga dan salah satu stesyen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus. Pada bulan itu, seorang Muslim mencurahkan sebahagian besar perhatiannya kepada Allah s.w.t, hari Akhirat dan peningkatan rohani sebelum peningkatan material. Ia adalah bulan ruhani, bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu untuk mengadap yang Maha Esa, memohon pertolongan daripada Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, Allah s.w.t.
Berusahalah agar kita mempunyai amalan yang tidak kita tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan. Bersemangatlah dalam melaksanakan solat sunat terawih. Solat terawih merupakan salah satu sunnah muakkadah serta syiar dan pengkhususan bulan Ramadhan ianya tidak dilaksanakan dalam bulan2 yang lain.Betapa istimewanya bulan Ramadhan ini.
Maka, persiapkan diri kita semua untuk menghadapi kewajipan agung ini dengan mengingatkan diri tentang keutamaan bulan ini dan mempersiapkan diri untuk beramal,insyaallah.
Akhirkata, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan solat sunat tarawih. Semoga setiap satu amalan kita di berkati Allah s.w.t selamanya. Amin
p/s: di kesempatan ini saya ini mengambil peluang untuk memohon maaf di atas segala salah silap saya terhadap sesiapa sahaja di luar sana. Sebagai insan biasa beginilah hidup saya tidak terkecuali dari melakukan kesilapan tanpa di sedari. Yang pasti KAMU semua adalah terbaik buat saya. Saya sayangkan kamu semua selagi hayat di kandung badan. Ingat selalu, tak pernah lupa.
…hmm<3 selamanya….

Thursday 7 July 2011

EXAM SEMAKIN HAMPIR

Salam,

isshhh, arini rasa serba tak kena bila kenangkan xm yang semakin hampir.Mcm tak cukup langsung persiapan yang di buat. Memang x pernah cukup. Tension gler!!!..betul3 tension
Tgk member2 relax semacam je. Mcm mana dia org control perasaan dia orang ni.Semalam abah pun baru tanya saya,stage mana dah persiapan saya ni??Put on extra speeding because “August” fasting month  study of course makin slow,especially kat skul. Betul juga cakap abah tu.Pening kepala saya ni, abah. HELP ME!!!
Lagi serabut gler bila kenangkan semua ni. Dahlah tu 30/7-31/7, saya lone ranger kat Shah Alam,seminar punya hal. Rasa mcm tak nak pergilah, mama!!.Tak ada kawan pun. Rasanya nak je skip dari tahun 2011 ke tahun 2014.Amboiiii!!! leh nak skip2 pulak. Tak perlu fikir seme ni.Kenapa harus saya lalui semua ini.
pagi ni saya rasa benar2 terhimpit/lonely/alone antara sayaàharapanàkejayaanàmasa depan. Rasa nak nangis pun ada sama berlambak dengan perasaan takut.
Nasib baik masih ada yang sudi memberi bantuan oxygen di saat memerlukan Ada juga tips last minute study yg di berikan. Tq very much . Kalau rasa lebih rajin, hulurlah doa2 yang power2 sikit untuk saya kat sini atau pun buat2 lah solat hajat untuk kejayaan saya, selain saya lakukan sendiri, di tambah dgn doa dan solat hajat U, Allah pasti akan gandakan double achievement untuk saya and extra pahala untuk U coz tlg doa utk saya.
Tak mampu nak menulis lagi.Inilah luahan rasa terkini yang benar2 saya rasai. Frust dengan hidup saya ni.Harap bertemu lagi selepas ini.Insyaallah.
p/s: Saat yang paling mencemaskan, XM..apa lagi!!!!...haahh,alangkah sunyinya hidup ini.

Wassalam.

Wednesday 6 July 2011

BILA OTAK SUDAH BEKU

Okay!! Dah ramai pula yang bertanya kenapa blog aku ni dh mula terhenti di sini. Sebenarnya bagi aku sedikit ruang dalam  beberapa bulan ini akan ada entry2 yang lebih menarik lagi selepas ini. Buat masa kini aku busy sangat dengan revision aku dan kehidupan aku. Yang paling penting otak aku dah beku, tak tau nak menulis apa. Aku harap kau orang semua lebih bersabar.
Aku pun rindu juga nak share2 dengan kau orang cerita2 hits aku ni. Apa boleh buat saat ni aku memang tak ada ilham, no inspiration feel like lost. Tiap2 pagi lepas study cuba juga nak publish entry baru tapi ayat2 dia dah jadi lain. Nampak tak menarik.
May be around this 2 months I will continue with “sweet”2 story. No more “sad”2 movie. Lagipun  beberapa minggu je lagi nak menjelang Ramadhan. Everything kena lebih sopan. Banyak2lah beribadah. Moga dapat barakah.
Malaslah nak tulis lagi, tak ada mood. Harap2 aku sempat menyambut Ramadhan untuk tahun ni. Apa2 pun,aku doakan kau orang pun panjang umur juga.
Hmm, bye..salam rindu buat you all.Jaga2 diri u all baik2. Panjang umur jumpa lagi. Insyaallah.