♥DIARY♥

Tuesday 2 August 2011

SINAR RAMADHAN
Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana masih di beri peluang untuk saya terus bernafas di atas muka bumi ini dan dapatlah saya terus menjalani ibadah rukun Islam yang ketiga ini, insyaallah.
Bulan ramadhan ini penuh keberkatan sebenarnya. Kita berpeluang lagi untuk menikmati barakah bulan Ramadhan pada tahun ini.. doaku dan harapanku semoga kita diberi hidayah selalu untuk mengejar segala barakah2 ini! Allah S.W.T. membuka pintu keampunan sebesar-besarnya buat kita. Entah tahun hadapan ada lagi peluang buat kita atau tidak.. hanya Allah yg mengetahui.. mari kita beribadah seolah2 tiada lagi esok buat kita.
Allah s.w.t menjadikan bulan ini sebagai bulan yang agung, memberikan keistimewaan yang banyak sekali kepadanya, serta menjadikannya sebagai salah satu fasa kehidupan yang paling berharga dan salah satu stesyen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus. Pada bulan itu, seorang Muslim mencurahkan sebahagian besar perhatiannya kepada Allah s.w.t, hari Akhirat dan peningkatan rohani sebelum peningkatan material. Ia adalah bulan ruhani, bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu untuk mengadap yang Maha Esa, memohon pertolongan daripada Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, Allah s.w.t.
Berusahalah agar kita mempunyai amalan yang tidak kita tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan. Bersemangatlah dalam melaksanakan solat sunat terawih. Solat terawih merupakan salah satu sunnah muakkadah serta syiar dan pengkhususan bulan Ramadhan ianya tidak dilaksanakan dalam bulan2 yang lain.Betapa istimewanya bulan Ramadhan ini.
Maka, persiapkan diri kita semua untuk menghadapi kewajipan agung ini dengan mengingatkan diri tentang keutamaan bulan ini dan mempersiapkan diri untuk beramal,insyaallah.
Akhirkata, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan solat sunat tarawih. Semoga setiap satu amalan kita di berkati Allah s.w.t selamanya. Amin
p/s: di kesempatan ini saya ini mengambil peluang untuk memohon maaf di atas segala salah silap saya terhadap sesiapa sahaja di luar sana. Sebagai insan biasa beginilah hidup saya tidak terkecuali dari melakukan kesilapan tanpa di sedari. Yang pasti KAMU semua adalah terbaik buat saya. Saya sayangkan kamu semua selagi hayat di kandung badan. Ingat selalu, tak pernah lupa.
…hmm<3 selamanya….

No comments:

Post a Comment